1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE NEGERI PULAU PINANG PADA 26 APRIL 2012

Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM Lawatan TPM

 

Pada 26 April 2012, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pulau Pinang. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada pukul 9.00 pagi dan begerak terus ke Universiti Sains malaysia (USM). Semasa di USM, beliau telah menghadiri satu Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa serta ucapan aluan Oleh YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis perhimpunan perdana ini telah disertai oleh kira-kira 4,000 orang anggota perkhidmatan awam pulau pinang. Semasa ucaptama beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan amanat penting kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam khususnya yang berkhidmat di negeri pulau pinang supaya bekerja dengan lebih kuat dalam menjayakan agenda serta program transformasi kerajaan.

 

 

Pada Tengaharinya pula, YAB Timbalan Perdana Menteri bertolak ke Bayan Baru bagi menghadiri Majlis Kenduri Rakyat 1 Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang penduduk sekitar parlimen Bayan Baru. Pada Majlis ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima di parlimen Bayan Baru, Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup kepada nelayan dan seterusnya beramah mesra bersama-sama rakyat di Parlimen Bayan Baru. Pada sebelah petangnya pula, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menghadiri Majls Perasmian My Carnival Ngo 1 Malaysia Di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Sebelum bertolak pulang, YAB Timbalan Perdana Menteri mengakhiri lawatan beliau dengan menghadiri Majlis Perjumpaan 1 Malaysia Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan yang diadakan di Tapak Pasar Malam Perkampungan Juru.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 27 April 2012

Pada 26 April 2012, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pulau Pinang. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada pukul 9.00 pagi dan begerak terus ke Universiti Sains malaysia (USM). Semasa di USM, beliau telah menghadiri satu Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa serta ucapan aluan Oleh YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Majlis perhimpunan perdana ini telah disertai oleh kira-kira 4,000 orang anggota perkhidmatan awam pulau pinang. Semasa ucaptama beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan amanat penting kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam khususnya yang berkhidmat di negeri pulau pinang supaya bekerja dengan lebih kuat dalam menjayakan agenda serta program tramsformasi kerajaan. Pada Tengaharinya pula, YAB Timbalan Perdana Menteri bertolak ke Bayan Baru bagi menghadiri Majlis Kenduri Rakyat 1 Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang penduduk sekitar parlimen Bayan Baru. Pada Majlis ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima di parlimen Bayan Baru, Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup kepada nelayan dan seterusnya beramah mesra bersama-sama rakyat di Parlimen Bayan Baru. Pada sebelah petangnya pula, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menghadiri Majls Perasmian My Carnival Ngo 1 Malaysia Di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Sebelum bertolak pulang, YAB Timbalan Perdana Menteri mengakhiri lawatan beliau dengan menghadiri Majlis Perjumpaan 1 Malaysia Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan yang diadakan di Tapak Pasar Malam Perkampungan Juru.