1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM JALINAN STRATEGIK, PEMANTAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN DAN LAWATAN 5S PPP PULAU PINANG BERSAMA PPN SABAH PADA 6-8 APRIL 2012

Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah Lawatan PPPPP Ke PPP Sabah

"...Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar..."

Begitulah antara petikan ucapan daripada Y.A Bhg Tun Dr. Mahathir b. Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang menegaskan bahawa usaha untuk membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi, orientasi kakitangan haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang. Komitmen daripada segala lapisan kakitangan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut. Lawatan selama 3 hari ini (6-8 April 2012) merupakan program Lawatan Ilmu, Pemantapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Lawatan 5S serta Sesi Pelan Strategik PPN Pulau Pinang bersama PPN Sabah. Antara tumpuan yang diberikan dalam Program ini adalah melibatkan kursus pemantapan SKT bagi PPN PP, Pemantapan Modul Prosedur Kerja, Pelan Strategik serta perbincangan isu-isu strategik mengenai teras utama pentadbiran dalam meningkatkan keberhasilan penyampaian perkhidmatan Jabatan. Program Pemantapan Budaya Cemerlang ini berakhir pada hari Ahad dan rombongan PPN PP bertolak balik ke Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan kepada PPN Sabah dan diharapkan semoga semua pegawai PPN PP yang terlibat dapat meningkatkan mutu kerja yang cemerlang untuk PPN PP. Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai 1 pasukan yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan perkhidmatan yang terbaik dengan segala kudrat yang termampu.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 12 April 2012