1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP, PROJEK MENAIKTARAF FLAT TAMAN NUSANTARA, JALAN MAKLOOM PADA 25 MAC 2012

Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara Penyerahan Flat Nusantara

 

Pada 25 Mac 2012, satu Majlis Penyerahan Projek Siap, Projek Menaiktaraf Flat Taman Nusantara, Jalan Makloom Pulau Pinang telah di sempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Hajah Supiah Bt Mohd Yusof, Pegawai Pakar Ekonomi, UPEN, Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi dan AJK Persatuan Penduduk Taman Nusantara, Pengerusi Surau Flat Taman Nusantara dan juga Penduduk Flat Taman Nusantara.

 

Projek yang bernilai RM 1.8 juta ini mengambil masa selama 22 minggu untuk disiapkan. Ianya melibatkan Mengecat semula bahagian luar 10 blok bangunan, Memasang baru bumbung, talang dan saluran turun air hujan pada kesemua blok, Menaiktaraf depoh sampah pada kesemua blok dan Membaiki kecacatan konkrit di laluan koridor pada kesemua blok. Sebahagian peruntukan diperolehi daripada Jabatan Perumahan Negara, KPKT melalui Geran Sepadan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) sebanyak RM 763,100.00 manakala sebahagian lagi adalah peruntukan Y.B.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sendiri. Dengan siapnya projek ini, ianya telah memberi manfaat dan keselesaan kepada lebih 300 buah keluarga yang terdiri daripada lebih kurang 1500 orang penghuni.

 

Sumber : Seksyen Teknikal

Tarikh Kemaskini : 25 Mac 2012

Projek yang bernilai RM 1.8 juta ini menagmbil masa selama 22 minggu untuk disiapkan. Ianya melibatkan Mengecat semula bahagian luar 10 blok bangunan, Memasang baru bumbung, talang dan saluran turun air hujan pada kesemua blok, Menaiktaraf depoh sampah pada kesemua blok dan Membaiki kecacatan konkrit di laluan koridor pada kesemua blok. Sebahagian peruntukan diperolehi daripada Jabatan Perumahan Negara, KPKT melalui Geran Sepadan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) sebanyak RM 763,100.00 manakala sebahagian lagi adalah peruntukan Y.B.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sendiri. Dengan siapnya projek ini, ianya telah memberi manfaat dan keselesaan kepada 300 buah keluarga yang terdiri daripada 1500 orang penghuni.