1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN PROJEK NAIKTARAF KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DALAM KAWASAN ESTET PERINDUSTRIAN PERAI NEGERI PULAU PINANG PADA 9 MAC 2012

Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B Rumah Pam B

Majlis Perasmian Projek Naiktaraf Kemudahan Infrastruktur Dalam Kawasan Estet Perindustrian Perai Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 9 Mac 2012 di rumah Pam B Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Nik Ali Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg Dato’ Noharuddin Nordin, CEO Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Tuan Sr.Hj Rozali bin Hj Mohamud, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Peruntukan untuk projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Kawasan Perindustrian Bebas ini telah disediakan pada permulaan Rancangan Malaysia Kesembilan. Ianya disalurkan oleh MIDA kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Kawasan Perindustrian Bebas di bawah kawal selia masing-masing. Pecahan peruntukkan yang disalurkan kepada kedua-dua PBT tersebut adalah seperti berikut:

(i) MPPP sebanyak RM 37.2 juta - Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrstruktur di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas
(ii) MPSP sebanyak RM 34.397 juta - Projek Menaiktaraf Kemudahan Infrastrutur di Kawasan Perindustrian Prai.

Pada bulan Oktober 2010, Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan sebanyak RM 22.603 juta kepada MPSP. Ia menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan untuk kerja-kerja naik taraf di kawasan perindustrian Perai meningkat kepada RM57.0 juta. Pelaksanaan projek dibahagikan kepada 2 Fasa di mana Fasa I dengan peruntukan sebanyak RM34.397 juta telah siap pada bulan Oktober 2010, manakala Fasa II dengan peruntukan sebanyak RM22.603 juta telah siap pada 24 November 2011. Di antara skop kerja bagi kerja-kerja Naiktaraf Kemudahan Infrastruktur di Kawasan Perundustrian Perai ialah :

(a) Menaiktaraf dan melebar jalan sedia ada
(b) Menaiktaraf sistem saliran dan perparitan
(c) Pembinaan sistem pengawalan banjir dan menaiktaraf kemudahan di rumah pam
(d) Menaiktaraf lampu jalan
(e) Menambah dan menyediakan tempat letak kenderaan
(f) Menaiktaraf pondok keselamatan dan Pejabat Kastam
(g) Menaiktaraf pagar keselamatan di kawasan FTZ
(h) Menaiktaraf ban untuk kawalan air pasang
(i) Menaiktaraf papan tanda
(j) Menyediakan kemudahan Medan Selera dan kemudahan awam yang lain

Peruntukan yang disalurkan kepada kedua-dua kawasan perusahaan ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus menawarkan pelbagai kemudahan serta menambah baik infrastruktur di kawasan perusahaan Free Trade Zone di Pulau Pinang. Secara tidak langsung, komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan ini akan menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat multinasional yang sedang beroperasi di Pulau Pinang untuk terus kekal melabur di negeri ini dan pada masa yang sama mampu menarik penyertaan pelabur-pelabur baru.

Sumber : Seksyen P&P

Tarikh Kemaskini : 9 Mac 2012