1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

”WARGA CERIA, KELUARGA BAHAGIA, PEMANGKIN INOVASI NEGARA”

Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon Hari Keluarga Cameroon

 

”Setiap warga kerja juga perlu menanamkan semangat kerjasama yang padu dan bersatu hati dalam memberikan sepenuh komitmen terhadap tanggungjawab yang diamanahkan serta berusaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kepakaran kerja di samping mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugas seharian. Nilai-nilai ini disokong dengan visi, misi dan strategi-strategi organisasi yang jelas dan mempunyai fokus. Semangat kekeluargaan bukan sahaja perlu diterapkan di rumah tetapi juga di pejabat. Dengan adanya semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan warga kerja 5P, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat- menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Saya dengan ini merasmikan hari keluarga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang selaras dengan tema yang dipilih iaitu ’WARGA CERIA, KELUARGA BAHAGIA, PEMANGKIN INOVASI NEGARA’". Demikian petikan ucapan dari Y.Bhg Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang semasa ucaptama dalam program pemantapan organisasi bersama warga 5P iaitu program anjuran Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (5P) pada 11 hingga 12 Februari 2012 di baru-baru ini di Cameroon Highland, Pahang.

 

Semoga dengan penganjuran tahunan program-program yang bersifat kesejahteraan keluarga 5P akan dapat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemesraan di antara semua warga 5P melalui pelbagai acara-acara bersifat informal kerana sesungguhnya ia dapat memberikan impak yang positif ke arah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dalam organisasi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi khususnya dalam membantu menjayakan hala tuju organisasi. Program ini berakhir pada 12 Februari 2012(Ahad) dan diharapkan program ini dapat member impak yang positif kepada semua warga kerja 5P.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 11 Februari 2012

Setiap warga kerja juga perlu menanamkan semangat kerjasama yang padu dan bersatu hati dalam memberikan sepenuh komitmen terhadap tanggungjawab yang diamanahkan serta berusaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kepakaran kerja di samping mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugas seharian. Nilai-nilai ini disokong dengan visi, misi dan strategi-strategi organisasi yang jelas dan mempunyai fokus. Semangat kekeluargaan bukan sahaja perlu diterapkan di rumah tetapi juga di pejabat. Dengan adanya semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan warga kerja 5P, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat- menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Saya dengan ini merasmikan hari keluarga Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang selaras dengan tema yang dipilih iaitu ’WARGA CERIA, KELUARGA BAHAGIA, PEMANGKIN INOVASI NEGARA’"