1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM TURUN PADANG YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN ISTERI KE NEGERI PULAU PINANG PADA 18 FEBRUARI 2012

Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang Lawatan TPM Ke Pulau Pinang

 

Pada 18 Februari 2012, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan isteri telah mengadakan satu Lawatan kerja Ke Negeri Pulau Pinang. Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas telah disambut oleh Pemimpin-pemimpin tempatan (Local Leader) dan juga wakil Ketua Jabatan Persekutuan. Dalam Lawatan Kerja ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan khas bersama Badan Perhubungan UMNO dan Badan Perhubungan BN Negeri Pulau Pinang di tingkat 7, bangunan UMNO Negeri. Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri dan rombongan bergerak dari bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang ke Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, Balik Pulau bagi menghadiri Majlis Kenduri rakyat 1 Malaysia. Setibanya di Balik Pulau, beliau telah di sambut oleh kira-kira 20,000 orang rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Dalam perjalanan ke pentas utama, beliau sempat bersalaman dan bertanya khabar dengan rakyat.

 

 

Dalam ucapan beliau di pentas utama, YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kerajaan Persekutuan dengan penuh rasa tanggungjawab akan meneruskan Projek-projek pembangunan dan Kemudahan Infrastruktur yang telahpun dirancang atau sedang dilaksanakan kepada rakyat khususnya di negeri Pulau Pinang. Di akhir ucapannya, beliau telah menyerahkan sumbangan Kerajan Persekutuan seperti berikut.

 

 

1. Projek-Projek RMK-10 Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2012 sebanyak RM 1,865,000,000

2. Bantuan Rakyat 1 Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang sebanyak RM 97,087,000.00

3. Peruntukan Projek Infrastruktur Awam Dan Infrastruktur Asas sebanyak RM 8,000,000.00

4. Peruntukan Kebajikan Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM 63,268,400

 

Sumber : Seksyen PMI

Tarikh Kemaskini : 18 Februari 2012

Pada 18 Februari 2012, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan isteri telah mengadakan satu Lawatan kerja Ke Negeri Pulau Pinang. Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas telah disambut oleh Pemimpin-pemimpin tempatan (Local Leader) dan juga wakil Ketua Jabatan Persekutuan. Dalam Lawatan Kerja ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan khas bersama Badan Perhubungan UMNO dan Badan Perhubungan BN Negeri Pulau Pinang di tingkat 7, bangunan UMNO Negeri. Selepas itu, YAB Timbalan Perdana Menteri dan rombongan bergerak dari bangunan UMNO Negeri Pulau Pinang ke Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, Balik Pulau bagi menghadiri Majlis Kenduri rakyat 1 Malaysia. Setibanya di Balik Pulau, beliau telah di sambut oleh kira-kira 20,000 orang rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Dalam perjalanan ke pentas utama, beliau sempat bersalaman dan bertanya khabar dengan rakyat. Dalam ucapan beliau di pentas utama, YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kerajaan Persekutuan dengan penuh rasa tanggungjawab akan meneruskan Projek-projek pembangunan dan Kemudahan Infrastruktur yang telahpun dirancang atau sedang dilaksanakan kepada rakyat khususnya di negeri Pulau Pinang. Di akhir ucapannya, beliau telah menyerahkan sumbangan Kerajan Persekutuan seperti berikut.