1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PERSIDANGAN PEGAWAI - PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI 2011 PADA 16 DISEMBER 2011

Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011 Persidangan SDO 2011

Pada 16 Disember 2011, satu Persidangan Pegawai-pegawai Kemajuan Negeri 2011 telah diadakan di Hotel Traders, Pulau Pinang. Ini merupakan kali kedua Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Shukry Bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama bertajuk “ICU : Meniti Zaman Mencipta Kecemerlangan” telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Khalid Bin Ramli, Mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Manakala Kertas Kerja kedua bertajuk “Jalinan Kerjasama Usahawan Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Bagi Mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perniagaan Bumiputera (MPPB) Yang Berdaya Maju” telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Hassan Bin Harun, Pengetua Sekolah Wadi Sofia, Kota Bharu, Kelantan. Kertas kerja ketiga pula telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Abdul Aziz Bin Samsuddin, mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertajuk “Perspektif Pembangunan Sosio Ekonomi Malaysia Pada Masa Hadapan”. Pada sebelah malam, satu majlis makan malam anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah diadakan bagi meraikan peserta-peserta persidangan. Majlis makan malam ini telah dipenuhi dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 19 Disember 2011