1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS TAKLIMAT KHAS BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA PADA 7 DISEMBER 2011

Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang

 

Pada 7 Disember 2011 Satu Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Persekutuan Tempatan Dan Taklimat Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Kerajaan Persekutuan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah telah diadakan Di Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Pulau Pinang, Bayan Lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin Osman, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Tuan Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, En Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisal Nasional, Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan juga Wakil Pemimpin Tempatan Persekutuan.

 

Majlis taklimat ini dimulakan dengan bacaan doa oleh En Fauzi Bin Abdul Rahman dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Nik Ali bin Mat Yunus. Di dalam ucapan ringkasnya, Tuan Nik Ali bin Mat Yunus mengingatkan kepada semua hadirin yang hadir supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada taklimat ini dan kemudiannya membantu Kerajaan Persekutuan di dalam proses pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. di dalam ucapannya, YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjelaskan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini adalah susulan daripada Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tempoh hari. Menurut Beliau lagi, semua rakyat malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000 adalah layak untuk menerima bantuan ini. Seterusnya, taklimat Penuh Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini telah disampaikan oleh En Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementeria Kewangngan Malaysia. Selesai taklimat, sesi soal jawab dibuka kepada semua hadirin yang hadir termasuk ADUN, Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN dan juga JKKP.

 

Sumber : Seksyen Urusetia

Tarikh Kemaskini : 9 Disember 2011

Pada 7 Disember 2011 Satu Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Persekutuan Tempatan Dan Taklimat Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Kerajaan Persekutuan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah telah diadakan Di Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Pulau Pinang, Bayan Lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin Osman, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg. Tuan Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, En Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisal Nasional, Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan juga Wakil Pemimpin Tempatan Persekutuan. Majlis taklimat ini dimulakan dengan bacaan doa oleh En Fauzi Bin Abdul Rahman dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Nik Ali bin Mat Yunus. Di dalam ucapan ringkasnya, Tuan Nik Ali bin Mat Yunus mengingatkan kepada semua hadirin yang hadir supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada taklimat ini dan kemudiannya membantu Kerajaan Persekutuan di dalam proses pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. di dalam ucapannya, YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjelaskan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini adalah susulan daripada Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tempoh hari. Menurut Beliau lagi, semua rakyat malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000 adalah layak untuk menerima bantuan ini. Seterusnya, taklimat Penuh Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini telah disampaikan oleh En Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementeria Kewangngan Malaysia. Selesai taklimat, sesi soal jawab dibuka kepada semua hadirin yang hadir termasuk ADUN, Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN dan juga JKKP.