1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM BANDAR SELAMAT NEGERI PULAU PINANG PADA 12 NOVEMBER 2011

Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang Majlis Pelancaran Program Bandar Selamat Negeri Pulau Pinang

 

Program Bandar Selamat (PBS) diwujudkan pada tahun 2004 atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan untuk melaksanakan PBS sebagai sebahagian daripada fungsi sedia ada PBT seperti pembersihan kawasan semak, penyediaan kemudahan keselamatan serta kawasan lanskap. Sehingga tahun 2009, sebanyak 39 PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran menyertai program ini dengan melaksanakan 23 langkah PBS berdasarkan tahap jenayah dan kemampuan kewangan PBT.

 

Takrifan semula PBS pada tahun 2010 telah memantapkan 23 langkah PBS tahun 2004 kepada 15 langkah dengan 3 strategi iaitu:

 

i) Merekabentuk persekitaran fizikal

ii) Memperkasakan kawasan sasaran dan pengurusan

iii) Penyertaan komuniti dan kesedaran awam

 

Selaras dengan takrifan semula PBS ini, sebanyak 149 PBT di seluruh negara akan melaksanakan program ini di kawasan hotspot negeri masing-masing. Sebagai permulaan, hanya 12 PBT dipilih bagi tahun 2010 untuk melaksanakannya iaitu Wilayah Persekutuan (1 PBT), Selangor(6 PBT), Johor (3 PBT) dan Pulau Pinang (2 PBT).

 

Program Bandar Selamat di negeri Pulau Pinang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan 3 langkah utama iaitu:

 

i) Pencahayaan

ii) Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor

iii) Penyediaan cermin keselamatan

 

Bagi memperluaskan lagi langkah membendung jenayah jalanan di kawasan hotspot, MPPP telah dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan langkah keempat(4) iaitu penyediaan Kiosk Interaktif (penggera keselamatan). Sebanyak 42 projek Program Bandar Selamat telah dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan (melalui KPKT) sebanyak RM7,650,000.00 di negeri Pulau Pinang bagi tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2010, sebanyak 22 projek PBS telah dilaksanakan oleh MPPP dan MPSP dengan masing-masing melaksanakan sebanyak 11 projek dengan peruntukan sebanyak RM2,450,000.00 bagi MPPP manakala MPSP sebanyak RM2,200,000.00 menjadikan kos keseluruhan projek PBS dalam tahun 2010 ialah sebanyak RM4,650,000.00. Bagi tahun 2011 pula setiap PBT telah diperuntukan sebanyak RM1,500,000.00 dengan masing-masing melaksanakan 10 projek menjadikan kos keseluruhan peruntukan projek PBS sebanyak RM3,000,000.00.

 

Sumber : Seksyen Urusetia

Tarikh Kemaskini : 14 November 2011

Program Bandar Selamat (PBS) diwujudkan pada tahun 2004 atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan untuk melaksanakan PBS sebagai sebahagian daripada fungsi sedia ada PBT seperti pembersihan kawasan semak, penyediaan kemudahan keselamatan serta kawasan lanskap. Sehingga tahun 2009, sebanyak 39 PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran menyertai program ini dengan melaksanakan 23 langkah PBS berdasarkan tahap jenayah dan kemampuan kewangan PBT.