1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM ZIARAH KESEJAHTERAAN BANDAR DI PULAU PINANG KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR PADA 30 SEPTEMBER 2011

Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Program Ziarah Kesejahteraan Bandar Di Pulau Pinang Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

30 September 2011, Seberang Jaya – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) mengadakan Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini hari ini. Program tersebut disempurnakan oleh YBhg Dato' Musa bin Sheikh Fadzir mewakili YB Dato' M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Program berlangsung di Safira Resort, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan membina keupayaan keluarga miskin dan berpendapatan rendah di bandar. Mulai tahun 2011, PPKB bukan sahaja memberi fokus kepada golongan miskin tetapi turut mengambil kira golongan berpendapatan rendah terutamanya isi rumah dalam kategori mudah miskin. Program-program latihan kemahiran, jana pendapatan keusahawanan dan pemadanan pekerjaan yang dapat memberi pendapatan kepada keluarga miskin dan berpendapatan rendah terus diberi keutamaan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Sempena program ini, YBhg Dato' Musa bin Sheikh Fadzir yang mewakili YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyampaikan bantuan persekolahan kepada 20 orang pelajar, bantuan baik pulih rumah kepada 5 ketua isi rumah. Manakala bantuan peralatan kesihatan iaitu tongkat dan kerusi roda kepada 5 penerima juga turut disampaikan. Dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, sebanyak 6 buah rumah daripada pelbagai kaum telah dikenal pasti dan dilawati. Keutamaan diberikan kepada keluarga miskin di kalangan warga emas dan memiliki ahli isi rumah yang ramai. Beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanann dan sumbangan wang tunai kepada 6 ketua isi rumah (KIR) terlibat. Tujuan program diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat di samping keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan mereka. Di antara tetamu jemputan lain yang turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Adnan bin Md. Ikhsan, Timbalan Ketua Setiausaha Kemeterian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Rakyat, yang Berusaha Tuan Nik Ali bin Mat Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Ariff Shah bin Haji Omar Shah, ADUN Seberang Jaya, Penyelaras-penyelaras DUN dan Ketua-ketua Jabatan.

Selesai Majlis Penyerahan Bantuan, satu sesi lawatan ke premis perniagaan 5 peserta latihan kemahiran dan keusahawanan PPKB yang berjaya menjana pendapatan dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan melalui perniagaan burger, gubahan bunga dan asuhan kanak-kanak. YB Dato' M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar juga menyampaikan plak dan merasmikan 5 premis perniagaan yang diusahakan oleh peserta program latihan kemahiran dan keusahawanan ini iaitu pusat tuisyen, bengkel besi, kedai jahitan, salun kereta dan gerai nasi ayam.

Bantuan-bantuan tersebut adalah untuk memastikan setiap warga bandar berpeluang menjalani kehidupan yang lebih kondusif dan berdaya saing bagi membolehkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan ke arah kehidupan yang lebih berkualiti. Penyampaian sumbangan dan bantuan ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk serta meringankan beban dan memberi keselesaan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 3 Oktober 2011