1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PELANCARAN LOGO 1 ICU

1 ICU

Logo 1ICU JPM dengan slogan 1Hati 1Fikiran 1Tindakan secara rasminya dilancarkan oleh Ketua Pengarah, Y. Bhg. Datuk Hj Shukry b. Mohd Salleh di Majlis Perhimpunan Bulanan pada 30 Nov 2010. Pelancaran tersebut merupakan klimaks kepada Pertandingan Mencipta Logo 1ICU yang bertitik-tolak daripada laungan kali pertama ‘1ICU’ oleh Y. Bhg. Datuk KP pada 22 Mei 2010 lalu serta sebagai susulan kepada cadangan wargakerja melalui blog ICU JPM. Bagi maksud mendapatkan ciptaan yang kreatif, pertandingan di kalangan wargakerja diadakan selama sebulan bermula Pada 5 Ogos 2010 melalui penetapan tiga kriteria utama iaitu Kreativiti (Ciptaan), Diskripsi (Logo) dan Praktikaliti (Pemakaian) serta mengambilkira konsep dan grafik 1Malaysia. Pada tarikh tutup penyertaan pada 9 September 2010 menyaksikan sebanyak 21 ciptaan logo melalui penyertaan enam orang warga diterima oleh Seksyen Perhubungan Awam selaku Urusetia Pertandingan.


Pemilihan ciptaan terbaik telah melalui tiga peringkat pemilihan bermula dengan pemilihan awal di kalangan Ahli Jawatan Kuasa Protem Logo 1ICU yang diPengerusikan oleh Pengarah Bahagian Badan Berkanun, Tn Hj Mahd Ishak Abdul Aziz. Perakuan tiga ciptaan terbaik kemudiannya diangkat untuk penilaian dan input tambahan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Ibu Pejabat; dan diikuti dengan pemilihanakhir oleh semua Pengarah Bahagian dan Pegawai Kemajuan Negeri.


Kesimpulannya, pelancaran logo 1ICU berdasarkan ide ciptaan Harteny Mohamad dari PPPN PULAU PINANG secara tidak langsung menandakan permulaan kepada usaha pemantapan-semula Pembudayaan dan penghayatan ciri-ciri murni seperti kesepakatan, kerjasama, kesepaduan, kesetiaan, kecekalan dan keikhlasan warga kerja dan organisasi ICU JPM dalam menjayakan agenda pembangunan negara. Semoga slogan dan penghayatan tagline 1Hati 1Fikiran 1Tindakan bakal melonjakkan lagi tekad warga kerja untuk mengangkat dan meletakkan organisasi ICU JPM sebagai yang unggul melalui perkhidmatan yang bertaraf dunia pada setiap masa.


Kandungan logo 1ICU JPM adalah berteraskan grafik dan warna seperti berikut:


1. Bulan: ICU JPM sebagai entiti induk.


2. Biru Kuning: Warna korporat organisasi.


3. Merah: Kegigihan dalam melaksankan tugasan / arahan.


4. Putih: Amalan budaya integriti dan akauntabiliti.


5. Oren: Kesediaan untuk menerima tanggungjawab.


6. Bintang: 14 JPP/PPN pejabat cawangan.


 

Sumber : Seksyen Perhubungan Awam, ICU JPM

Tarikh Kemaskini : 3 Oktober 2011

Logo satu ICU. Bulan melambangkan ICU JPM sebagai entiti induk. Biru Kuning melambangkan Warna korporat organisasi. Merah melambangkan Kegigihan dalam melaksankan tugasan dan arahan. Putih melambangkan Amalan budaya integriti dan akauntabiliti. Oren melambangkan Kesediaan untuk menerima tanggungjawab dan Bintang melambangkan 14 pejabat cawangan ICU.